Nur Azurah @ WaWa
apa yg TERTERA di dlm blog ini,tiada kena mengena dgn sesiapa~
Isnin, 24 Disember 2012
Ahad, 23 Disember 2012
SEJARAH STPM PENGGAL 2 (KERJA KURSUS-ESEI ILMIAH)
sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi menyebabkan sebilangan pelajar ingin membuat persediaan awal sebelum menjelang hari persekolahan.
Berikut ialah CONTOH soalan PBS SEJARAH:
TEMA 1- SEJARAH TEMPAT
TEMA 2- SEJARAH EKONOMI
TEMA 3- SEJARAH SENI DAN KEBUDAYAAN
TEMA 4- SEJARAH PERUBATAN DAN KESIHATAN.
-Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500-3000 patah perkataan berdasarkan satu daripada tema di atas..
# ini hanyalah CONTOH. soalan PBS sebenar akan dikeluarkan oleh MPM pada seminggu sebelum semester 2 bermula. sama-sama kita nantikan..
* wait and see *

Jumaat, 21 Disember 2012
Kita mungkin tidak mampu mengubah pandangan negatif sesetengah orang terhadap kita, walaubagaimana kuat sekalipun usaha kita untuk meyakinkan mereka, mereka tetap sahaja berdiri atas pandangan mereka masing². Sabar, ianya normal di zaman se
karang, kerana pandangan orang lain adalah berbeza², orang yang baik, akan selalu nampak kebaikan & orang yang jahat akan selalu nampak keburukan. fikir²kanlah.
Kadangkala kita terlalu AGUNGKAN pandangan MANUSIA hingga TERLUPA pandangan DIA yang PALING UTAMA, kadangkala kita BERMATI-MATIAN memenuhi kehendak manusia sedangkan kehendak DIA kita buat ENDAH TIDAK ENDAH. tanya diri, UNTUK SIAPA kita hidup sebenarnya..?
Oleh itu, tetapkanlah hati dalam pendirian yang sabar & jadilah diri sendiri. Pandang ke hadapan & teruskan kehidupan. Try to change better. :)

TEMAN,KAWAN & SAHABAT
Selami jiwaku
jaga hatiku
mangerti perasaanku
hargai pengorbananku
Tegur aku andai terleka
nasihati aku andai berbuat salah
terima aku seadanya
sesungguhnya aku manusia biasa
Aku memerlukanmu
kau tempatku mengadu selain-NYA
Kau beri aku kegembiraan saat aku bersedih
kau lahsegalanya bagiku
oh sahabatku..
Semoga benteng PERSAHABATAN yang
di bina dengan lafaz BISMILLAH ini
akan BERAKHIR
dengan lafaz INALLILLAH...
02 march 2012
9:50 pm
WANG
Kata orang..
wang adalah segala-galanya
wang boleh beli itu dan ini
wang boleh buat manusia lupa pada pencipta mereka
wang boleh buat manusia alpa dan lalai
dalam semua aspek
wang boleh buat manusia jadi syaitan..
pendek kata
wang adalah segala-galanya..
Tapi..
benarkah wang menjanjikan kebahagiaan?
benarkah wang boleh memansuhkan segala
dosa manusia?
benarkah wang boleh buat manusia menjejakkan
kaki di syurga kelak?
dan..
benarkah wang boleh menjadi pembela
saat manusia di seksa di alam kubur
atas segala kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan?
pendek kata
benarkah wang adalah segala-galanya?
20.11.2012
SUASANA ALAM
Aku merenung melihat seluas
alam ciptaan-Nya
alangkah damai keindahan itu
terbentang luas tiada tandingan
alangkah bahagia jika hidup sedamai itu
pasti derita dan kecewa tiada
pasti tiada yang mencemuh
kekurangan setiap manusia...
Alam itu
bagai mengerti kehidupan yang di lalui
oleh sang makhluk di muka bumi ini
embun pula seakan mahu
membantu mengharmonikan lagi kehidupan
manusia tatkala huru-hara menghampiri..
tirai malam menjelma mempamerkan
kesunyian bagi mereka yang sedang menengisi nasib
panas terik menambahkan lagi kesakitan
tanpa belas kasihan
lalu kicauan burung memecah kesunyian pagi
seolah-olah mengerti hidup ini memerlukan irama
yang mendamaikan di kala pagi menjelma dan
cengkerik itu pun turut menghiasi suasana malam
yang sungguh menyesakkan..
namun apalah erti hidup tanpa
suasana alam yang mengasyikkan?
03 NOV 2012
SENJA
Angin bertiup sepoi-sepi bahasa
mengelus lembut di wajah nan sayu
tak sedar akan senja yang menghampiri
tatkala di lihat sungguh indah sekali..
Duduk termangu berkhayal sejenak
terlalu banyak penderitaan yang di alami
terlalu banyak pengorbanan yang dikorbankan
demi sebuah kebahagiaan
seperti senja yang sedang berlabuh
indah sekali..
Nyanyian ombak memecah kesunyian senja
terasa nyaman melingkari seluruh tubuh
di dalam hati terselit seribu harapan
moga derita berakhir bahagia
seperti senja yang sedang melabuhkan tirainya..
indah sekali..
05 ogos 2012
Langgan:
Catatan (Atom)