Isnin, 24 Disember 2012
Ahad, 23 Disember 2012
SEJARAH STPM PENGGAL 2 (KERJA KURSUS-ESEI ILMIAH)
sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi menyebabkan sebilangan pelajar ingin membuat persediaan awal sebelum menjelang hari persekolahan.
Berikut ialah CONTOH soalan PBS SEJARAH:
TEMA 1- SEJARAH TEMPAT
TEMA 2- SEJARAH EKONOMI
TEMA 3- SEJARAH SENI DAN KEBUDAYAAN
TEMA 4- SEJARAH PERUBATAN DAN KESIHATAN.
-Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500-3000 patah perkataan berdasarkan satu daripada tema di atas..
# ini hanyalah CONTOH. soalan PBS sebenar akan dikeluarkan oleh MPM pada seminggu sebelum semester 2 bermula. sama-sama kita nantikan..
* wait and see *
Berikut ialah CONTOH soalan PBS SEJARAH:
TEMA 1- SEJARAH TEMPAT
TEMA 2- SEJARAH EKONOMI
TEMA 3- SEJARAH SENI DAN KEBUDAYAAN
TEMA 4- SEJARAH PERUBATAN DAN KESIHATAN.
-Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500-3000 patah perkataan berdasarkan satu daripada tema di atas..
# ini hanyalah CONTOH. soalan PBS sebenar akan dikeluarkan oleh MPM pada seminggu sebelum semester 2 bermula. sama-sama kita nantikan..
* wait and see *
Jumaat, 21 Disember 2012
Kita mungkin tidak mampu mengubah pandangan negatif sesetengah orang terhadap kita, walaubagaimana kuat sekalipun usaha kita untuk meyakinkan mereka, mereka tetap sahaja berdiri atas pandangan mereka masing². Sabar, ianya normal di zaman se
karang, kerana pandangan orang lain adalah berbeza², orang yang baik, akan selalu nampak kebaikan & orang yang jahat akan selalu nampak keburukan. fikir²kanlah.
Kadangkala kita terlalu AGUNGKAN pandangan MANUSIA hingga TERLUPA pandangan DIA yang PALING UTAMA, kadangkala kita BERMATI-MATIAN memenuhi kehendak manusia sedangkan kehendak DIA kita buat ENDAH TIDAK ENDAH. tanya diri, UNTUK SIAPA kita hidup sebenarnya..?
Oleh itu, tetapkanlah hati dalam pendirian yang sabar & jadilah diri sendiri. Pandang ke hadapan & teruskan kehidupan. Try to change better. :)
karang, kerana pandangan orang lain adalah berbeza², orang yang baik, akan selalu nampak kebaikan & orang yang jahat akan selalu nampak keburukan. fikir²kanlah.
Kadangkala kita terlalu AGUNGKAN pandangan MANUSIA hingga TERLUPA pandangan DIA yang PALING UTAMA, kadangkala kita BERMATI-MATIAN memenuhi kehendak manusia sedangkan kehendak DIA kita buat ENDAH TIDAK ENDAH. tanya diri, UNTUK SIAPA kita hidup sebenarnya..?
Oleh itu, tetapkanlah hati dalam pendirian yang sabar & jadilah diri sendiri. Pandang ke hadapan & teruskan kehidupan. Try to change better. :)
TEMAN,KAWAN & SAHABAT
Selami jiwaku
jaga hatiku
mangerti perasaanku
hargai pengorbananku
Tegur aku andai terleka
nasihati aku andai berbuat salah
terima aku seadanya
sesungguhnya aku manusia biasa
Aku memerlukanmu
kau tempatku mengadu selain-NYA
Kau beri aku kegembiraan saat aku bersedih
kau lahsegalanya bagiku
oh sahabatku..
Semoga benteng PERSAHABATAN yang
di bina dengan lafaz BISMILLAH ini
akan BERAKHIR
dengan lafaz INALLILLAH...
02 march 2012
9:50 pm
WANG
Kata orang..
wang adalah segala-galanya
wang boleh beli itu dan ini
wang boleh buat manusia lupa pada pencipta mereka
wang boleh buat manusia alpa dan lalai
dalam semua aspek
wang boleh buat manusia jadi syaitan..
pendek kata
wang adalah segala-galanya..
Tapi..
benarkah wang menjanjikan kebahagiaan?
benarkah wang boleh memansuhkan segala
dosa manusia?
benarkah wang boleh buat manusia menjejakkan
kaki di syurga kelak?
dan..
benarkah wang boleh menjadi pembela
saat manusia di seksa di alam kubur
atas segala kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan?
pendek kata
benarkah wang adalah segala-galanya?
20.11.2012
SUASANA ALAM
Aku merenung melihat seluas
alam ciptaan-Nya
alangkah damai keindahan itu
terbentang luas tiada tandingan
alangkah bahagia jika hidup sedamai itu
pasti derita dan kecewa tiada
pasti tiada yang mencemuh
kekurangan setiap manusia...
Alam itu
bagai mengerti kehidupan yang di lalui
oleh sang makhluk di muka bumi ini
embun pula seakan mahu
membantu mengharmonikan lagi kehidupan
manusia tatkala huru-hara menghampiri..
tirai malam menjelma mempamerkan
kesunyian bagi mereka yang sedang menengisi nasib
panas terik menambahkan lagi kesakitan
tanpa belas kasihan
lalu kicauan burung memecah kesunyian pagi
seolah-olah mengerti hidup ini memerlukan irama
yang mendamaikan di kala pagi menjelma dan
cengkerik itu pun turut menghiasi suasana malam
yang sungguh menyesakkan..
namun apalah erti hidup tanpa
suasana alam yang mengasyikkan?
03 NOV 2012
SENJA
Angin bertiup sepoi-sepi bahasa
mengelus lembut di wajah nan sayu
tak sedar akan senja yang menghampiri
tatkala di lihat sungguh indah sekali..
Duduk termangu berkhayal sejenak
terlalu banyak penderitaan yang di alami
terlalu banyak pengorbanan yang dikorbankan
demi sebuah kebahagiaan
seperti senja yang sedang berlabuh
indah sekali..
Nyanyian ombak memecah kesunyian senja
terasa nyaman melingkari seluruh tubuh
di dalam hati terselit seribu harapan
moga derita berakhir bahagia
seperti senja yang sedang melabuhkan tirainya..
indah sekali..
05 ogos 2012
RINTIHAN SI KECIL
Lahirku memberi seribu makna
lahirku jua ingin melihat dunia ciptaan Illahi
tapi semuanya sia belaka
aku dibuang tak ubah seperti sampah..
Hadirku tidak dihargai
hadirku bukan dinanti
hadirku jua bukan dipinta
tapi hadirku adalah anugerah buat kalian..
Oh ibu..
mana pergi keprihatinanmu?
mana hilangnya keperimanusiaanmu?
tergamak kau lakukan semua ini
pada aku yang baru hendak mengenal dunia-NYA..
Oh ayah..
mana pergi tanggungjawabmu?
mana pergi kelakianmu yang selama ini kau agungkan?
ternyata kau tidak layak digelar lelaki!
Tergamaknya kalian..
mana perginya naluri seorang ibu?
mana perginya kasih seorang ayah?
sungguh,hadirku tidak bererti buat kalian..
Hadirku bukan untuk dibuang
hadirku memerlukan belaian seorang ibu
hadirku bukan untuk di dera
hadirku memerlukan kasih seorang ayah..
Kelahiranku sungguh tak bererti
kewujudanku sungguh membebankan
adanya kaum adam dan hawa seperti kalian
sungguh tak layak digelar Ibu dan Ayah..
By: azurah kifli
02 jun 2012
MANUSIA
Penantian suatu penyeksaan
perkataan yang acap kali
di ungkap dalam dimensi kehidupan manusia
seringkali jua mengundang virus-virus
yang mampu menggoyahkan
segala kudrat manusia dalam mencari
sekelumit sesuap nasi
yang entah bila akan berakhir
tika menjadi kuli kepada hamba yang maha esa..
Itulah manusia!
rela menjadi apa saja demi mendapatkan
apa yang di inginkan
mencurahkan tenaga pada golongan
yang digelar sesama manusia
hanya untuk masa depan yang belum pasti
akan cerah dan gelapnya..
30.11.202
LUAHAN HATI
Tersentuh hati saat mendengar
luahan isi hatinya..
fikiran yang jauh ke hadapan
punya cita dan harapan setinggi langit
namun,semuanya hanya angan semata
ringgit menjadi keutamaan
status asing menjadi halangan
masalah keluarga menjadi bebanan..
membalas budi dengan tulang empat kerat
pada usia yang terlalu mentah
demi kebahagiaan kedua orang tua
tanpa peduli penat dan lelah
hanya mampu memendam rasa
dalam jiwa yang menangis
menangisi nasib..
meluah isi hati hanya kepada sahabat sendiri
tanpa segan-silu
kerana,baginya ia adalah penawar
paling mujarab
untuk mengubati hati yang lara
dalam menghadapi suasana hidup
yang kadang mendamaikan
dan kadang mengecewakan..
28.11.2012
KEGELAPAN
i
Diam bukan bererti kalah
kalah bukan bererti mengalah
mengalah bukan bererti gagal
gagal bukan bererti putus asa..
ii
Terkadang di belenggu masalah
terkadang dihimpit musibah
terkadang hampir tertewas
terkadang menjadi satu bebanan..
Iii
Aku bangun, aku bangkit
mengharap sinar datang membantu
walau sedikit Cuma
agar aku bisa buktikan pada mereka
yang sering memperendahkan aku..
by: azurah kifli
19 oct 2012 ;
03:03 pm
KEBENARAN
i
Diam bukan bererti kalah
kalah bukan bererti mengalah
mengalah bukan bererti gagal
gagal bukan bererti putus asa..
ii
Terkadang di belenggu masalah
terkadang dihimpit musibah
terkadang hampir tertewas
terkadang menjadi satu bebanan..
iii
Aku bangun, aku bangkit
mengharap sinar datang membantu
walau sedikit Cuma
agar aku bisa buktikan pada mereka
yang sering memperendahkan aku..
by: azurah kifli
19 oct 2012 ;
03:03 pm
KEBAIKAN BERLANDASKAN LAKONAN
Hati walang bukan kepalang
teringat bicaranya yang menusuk naluri
menghiris sanubari..
segala kebaikan yang diberi bukan dari keikhlasan hati
budi ditabur,minta dibalas tanpa hati perut
tiada telus berbuat baik
hanya lakonan semata..
bersandiwara dihadapan orang
buat tak endah pada anak dan isteri
ibarat kera dihutan disusui
anak dan isteri dibiar kebuluran
tanpa secebis kasihan..
25.11.2012
DIA
KU teruskan langkah
tanpa menoleh ke belakang
tanpa sepatah bicara
tanpa sekelumit kasih
meninggalkan dia yang menjadi kenangan silam..
Dia memberi pengalaman
Dia memberi penderitaan
Dia jua lah memberi pengajaran
serta kebahagiaan yang sukar
untuk dilupuskan dari ingatan..
Dia menjadi tauladan
Dia menjadi pengalaman
pahit dan manis
Dia pendorong harapan
meskipun dia kini ditinggalkan jauh ke belakang
Dia lah sejarah silam..
DI SEBALIK KEINDAHAN HIDUP
i
Pepohon rendang melambai riang
ombak beralun bernyanyi syahdu
angin bertiup seakan gembira
tanah kaku seperti menderita
ii
ibu menangis menelan derita
anak terharu melihat ketabahan ibu
ayah gembira bagai sungai
mengalir deras tanpa sebarang masalah
sedang mereka?
tertawa melihat kebahagiaan yang tak kunjung
tiba..
iii
wahai sang ombak
nyanyikan irama syahdu
agar kebahagiaan dan keamanan
datang menjelma..
wahai sang angin
usirlah derita itu
berilah ketenangan
wujudkanlah kedamaian
serulah kebahagiaan
dan hapuskan segala persengketaan itu..
By:azurah kifli
26 oct 2012
BISIKAN ITU
Tamak haloba menguasai diri
saat mengejar kekayaan duniawi
tak tefikir musibah menghampiri
penglihatan pun kian samar-samar
melihat keindahan alam di depan mata
namun sering disalahtafsirkan
oleh manusia berjiwakan syaitan..
Bisikan itu..
menerjah ke ruang telinga
hati dan fikiran menjadi buntu
memilih jalan kanan atau kiri
‘’tumbangnya iman saat bisikan itu menguasai diri
fizikal menjadi lemah lalu terjerumus
ke gelombang penuh kepalsuan’’
akal dan fikiran tak sempurna mana
disalahgunakan untuk kepentingan diri
lalu tercetuslah fenomena
kealpaan yang tak disedari
sehingga wujudnya manusia
bertopengkan iblis..
by: azurah kifli: 27 oct 2012
AKU DAN MEREKA
AKU DAN MEREKA
Aku bukan sasterawan mahupun cendekiawan
yang pandai bermadah
dalam setiap bait-bait puitis
yang bersifat romantis lagi melankolik..
Aku tidak sehebat A.Samad Said
bermain kata bukan kepalang
ibarat api membakar jiwa
menghiris senja di kala duka
Aku bukan Abang Median Abang Said
hebat bermain teka silang kata
menyusun ayat,mengukir sirat makna
pembaca mentafsir bagai nak gila
Aku tidak seromantis Fatimah Busu
mencipta karya berjela-jela
sukar di fahami mahupun di tafsiri
tapi bisa mewujudkan mutiara putih di pipi pembaca
Aku bukan cendekiawan seperti mereka
bijaksana dalam mencipta karya
hebat kepalang bukan
ibarat cuaca sukar di mengerti..
By: azurah kifli (20 oct 2012) ~ 10:26 am
Langgan:
Catatan (Atom)