Jumaat, 21 Disember 2012
SUASANA ALAM
Aku merenung melihat seluas
alam ciptaan-Nya
alangkah damai keindahan itu
terbentang luas tiada tandingan
alangkah bahagia jika hidup sedamai itu
pasti derita dan kecewa tiada
pasti tiada yang mencemuh
kekurangan setiap manusia...
Alam itu
bagai mengerti kehidupan yang di lalui
oleh sang makhluk di muka bumi ini
embun pula seakan mahu
membantu mengharmonikan lagi kehidupan
manusia tatkala huru-hara menghampiri..
tirai malam menjelma mempamerkan
kesunyian bagi mereka yang sedang menengisi nasib
panas terik menambahkan lagi kesakitan
tanpa belas kasihan
lalu kicauan burung memecah kesunyian pagi
seolah-olah mengerti hidup ini memerlukan irama
yang mendamaikan di kala pagi menjelma dan
cengkerik itu pun turut menghiasi suasana malam
yang sungguh menyesakkan..
namun apalah erti hidup tanpa
suasana alam yang mengasyikkan?
03 NOV 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan